Sabtu, 22 November 2014

hujan

dikala manusia sedang sibuk mencari hala tuju. kau hanya duduk melihat manusia itu berlari anak-anak mencari perteduhan. kadang kala aku terfikir perlukah aku melihat setiap hari wajah yang selalu aku bayangkan. kadang kala aku merasinya nikmatnya menghidu setiap bau hujan itu. tengelam dibuai mimpi dirintihan itu. bunyi itu. rasai itu. nikmat itu. segalanya masih sama setiap kali ia berlaku. masih lagi rasa.

setiap alam itu dibasahi hujan, setiap itu aku merasainya. pertama kalinya aku kehilangan kau, aku dibasahi darah kering. tiada yang melekat. mahu pun setompok rasa yang tersisa. hatiku kering. 


setiap senyummu, setiap pandanganmu, setiap aroma itu, setiap gerak ke kiri kanan, pusing 90 darjah, setiap ketawamu itu aku ingat dalam setiap detik dalam inci memori. bila aku ingat seperti aku tayangkan movie itu semula seperti aku memainkannya berulang-kali. setiap itu aku masih lagi tersenyum tikus. masih lagi aku memejamkan mata aku setiap kali ingat masa itu. setiap kali itu aku terlena dibuai mimpi. hanya melihat kau duduk di situ, memandang dan senyum tanpa penat. sekejap kau buat muka, sekejap kau muncungkan mulut, sekejap kau kenyet mata. gila bayangkah aku? jatuh apakah ini? merasainya bagai aku tanam bunga rose yang penuh duri itu dalam jiwa, tapi dalam masa yang sama ia membawa haruman hingga aku lena. duri ini hanya sebagai tembuk-tembuk yang aku kena lalui seperti hubungan yang dulu. 

bukan susah, hanya perlu rasa, menangis, melepaskan dan membiarkan dan nikmati rasa itu menjadi sebahagian dari pengaliran darah aku. berhentinya hujan tidak bermakna berhentinya detik itu, angin yang tinggal, haba yang tinggal, memeluk kita ke saat itu. jangan pernah mengubah setiap saat itu, biarkan ia berulang hingga menjadi sebuah kota-kota kecil di dalam diri ini. 

DADAH

Tajul Ajmal ,

dikala kau hadir menjadi bayang dalam ingatan aku, aku merasai kewujudan kamu, aku merasai gerak geri kamu, aku merasai kehadiran kamu. setiap yang berkaitan kamu aku merasainya. seperti aku selalu ada dan wujud disisiku. menemani setiap masa detikku. bayangan kamu selalu ku puja, aku seru, aku reka perasaannya. tapi sejak kau hadir segala perasaan itu menjadi nyata. seperti ada sesuatu tentang kamu aku menerima dengan keterbukaan itu. seperti aku membenarkan kau mengubat luka-luka darah. aku seolah-olah membenarkan kau menyentuh hati aku, jika dulu aku pernah katakan aku mahu tutup rapat-rapat pintu hati. lemahkah aku kerana membenarkan ia? pengecutkah aku kerana mahu menolak penyentuhan itu? 


aku mahu katakan ia menjadi sebuah indah dihati merasai anginnya menembusi jiwa. seolah-olah angin itu membawa perasaan itu ke tuannya. aku merasainya. sungguh. sampai ke hati aku rasainya. menikmatinya, senyumanmu. harumnya bau. datang rapat duduk disebelah aku. kita cerita hingga ke fajar. segalanya kita kongsi. ingin aku kenal dari satu sudut yang kecil hingga ke sudut besar. merasainya seperti bunga itu selalu segar ditambah baja. baja yang kau bajakan. wajah mu selalu membuat aku tersenyum indah. setiap lirikan itulah aku selalu senyum malu. jujur aku katakan, aku merindui kamu setiap kali kita berpisah.


kita tak ikat janji, kita tak simpul janji, kita tak terikat dengan janji, tapi kita berserah pada Allah. jika jodoh itu memberi pada kita, kita ikat ia nanti. suatu hati yang akan aku tunggu. aku hanya mahu kau menjadi sebahagia perasaan itu yang selama ini aku bermain. 


biarkan masa itu yang menjadi saksi, biarkan perasaan itu menjadi bukti, biarkan tulisan aku menjadi memori setiap detik itu. aku tayangkan setiap kali aku mahu mengingat kau. menikmati wajahmu, merasai angin memainkan rambut berlalu ke muka. tersenyum aku lemparkan, aku buka mata, tiada kau di kiri kanan, tapi kau memandangku dari langit. ku bermain setiap helaian rambut, membaunya penuh nikmat seperti aku berada disebelah. aku terusik dengan senyuman itu lagi, senyuman itu selalu buat aku tersenyum puas. seolah-olah aku hayal dalam suntikan dadah cecair yang kau tabur dalam makanan aku. mengingatkan kau, membayangi kau. 




terima kasih membenarkan aku membayangi kau setiap detik dadah itu bertindak. kasihku sampaikan melalui angin dan ia akan sampaikan jantung kau. kita merasainya bersama. Adil. 

Sabtu, 1 November 2014

suka

khas untuk kamu aku tuliskan. 

perasaan itu wujud, sebelum kau memperkatakan lagi pada aku tempoh hari. aku merasanya bila saat nama kau wujud disetiap ruang selaput di dalam otak aku. dan juga waktu kau tegur aku ketika kita sama-sama basah dalam hujan. bagai mengerti itu adalah perjalanan kita sama-sama senyum. berteduh dengan sesakkan manusia dan hanya di terangi oleh lampu oren jalan. 

memberi kehangkatan kepada kita untuk terus bernafas dalam sejuk. kau senyum pada aku. kau cuba berkata-kata kepada aku. aku senyum. tersipu malu kerana hadirnya perasaan itu. aku cuba beranikan diri setiap kali aku ingin bertemu kamu. setiap kali itulah aku demam menghampiri. aku pelik. gementarkah aku? sejukkah aku? perubahan cuaca? dari jauh melihat kau senyum, senyuman itu buat rasa perasaan itu hadir lebih laju.


tanpa aku sedari kau tertinggal di hati. tiada ku menduga rasa ini akan hadir. 
merasainya sebuah nikmat berbunga ladang aku tanamkan dalam hati. 

biar, biar, biar aku menunggu 
hingga ia akan menjadi nyata untuk mencintaimu.
semua ini tiba-tiba dalam hujan itu.
melihat kau senyum tersipu malu. 






hanya aku mahu katakan , aku suka kamu. tanpa aku sedari setiap
 bayangan itu hadir setiap susuk wajah kamu. 


perasaan itu tulus ikhlas dari hatiku.

Jumaat, 31 Oktober 2014

rasa

apa yang jadi dengan keadaan sekarang? aku seperti menghadapi penyakit mental atau gangguan mental. apa sebenarnya berlaku? apa yang harus aku lakukan. apa yang aku buat pada diri aku sebenarnya. aku yang reka semua. tapi kenapa aku pula yang rasa sakitnya? sedangkan aku yang reka setiap ciri dia. aku reka. kenapa aku seperti manusia yang lupa pada Pencipta aku sendiri? 

kadang kau hadir mengembirakan hati aku. kau datang membawa segunung harapan membuat hati aku suka, tapi ada kala kau seperti membawa bara api yang mahu hancurkan setiap corong hati aku. kenapa kau begitu? kenapa kau hadir dan kau tinggalkan aku macam aku mati tergantung kan leherku digantungkan dengan tali, berdiri atas kerusi dan ibu jari kiri aku menolak kerusi. orang kata buat kerja jahat mula dari kiri. meronta-ronta meminta tolong, rasa mahu meminta tolong tapi diam dan mati di situ.

kau biarkan aku mati tanpa bantu aku? ke itu yang kau mahukan?

kau datang membawa bunga tapi bunga layu. hadiah indah kata dari kau. untuk aku? aku bodoh terima dengan senyum sampai telinga. kenapa rasa itu datang bergolek seperti peniaga mempamerkan jualan murah. perasaan apa sebenarnya ini? apa yang sebenarnya berlaku? apa yang tersirat sebenarnya? kenapa sukar dilafazkan? kenapa payah untuk aku beritahu? kenapa hanya bermain di akal fikiran aku sahaja? kenapa tak biarkan keluar? kenapa? 

aku merasa apa yang kau rasakan. aku tunggu setiap aku hadir dengan penuh tenang atas sejadah bersujud pada Dia. aku tunggu kau. aku tunggu sebab kau memberi aku harapan. kau tahu, aku juga sayang pada kau. jangan biarkan diri aku terus tergantung menjadi mayat tiada roh lagi seperti itu. kau mampu melihat aku seperti itu? kau mampu memegang aku seperti itu lagi? kau mampu untuk berkata lagi? kau mampu lagi menceritakan kisah hidup kita lagi nanti? kau mampu senyum pada aku ketika itu? 

aku sahajakah yang hanya pandang pada kau?

aku merasai apa yang kau rasa tapi aku takut apa yang aku rasa disaluti oleh debu pasir yang mampu membutakan mata manusia. aku takut tidak bisa melihat kau lagi nanti. setiap senyuman kau buat aku selalu tersenyum sendiri. buat aku angau selalu. selalu ingin melihat kau. melihat senyuman kau. ingin peluk bila kau senyum pada aku. aku merasa bahagia setiap kali aku melihat kamu. itukah yang aku katakan bahagia? ke hanya rekaan aku? itu bahasa aku. aku yang mengerti bagaimananya.

kadang kala perasaan itu hadir macam air, tanpa henti ada sahaja yang aku rasakan. aku kamu mengerti setiap gerak geri kamu. aku mahu tahu semua sebelum aku menutup mata dan pergi buat selamanya. aku mahu melihat kamu selalu, takut nanti bila aku kembali ke pangkuan tanah tempat aku dilahirkan aku tidak mampu melihat kau lagi. aku hanya mahu kau selalu ada dihadapan aku tanpa kau sedari aku wujud dihadapan kamu. aku melihat, memegang setiap susuk muka kau. memegang mata dan senyuman kau. takut nanti aku tidak mampu lagi

aku mahu melihat senyuman kamu. dan ingin aku sampaikan rindu setiap angin yang lalu. aku perlu fokus terhadap setiap apa yang aku lakukan. kadang aku mahu pergi jauh tapi mampukah aku? kau selalu menarik aku. aku merasa rapat dan selalu bersama kamu. aku mengertikan diri sebagai sebuah pohon yang meneduhkan perasaan hadir itu, dan ia menjadikan akar aku subur.

perasaan itu wujud, sebelum kau memperkatakan lagi pada aku tempoh hari. aku merasanya bila saat nama kau wujud dan di waktu kau tegur aku ketika kita sama-sama basah dalam hujan. berteduh dengan esakkan manusia lain. memberi kehangatan buat kita terus rasa haba panas itu. kau senyum pada aku. aku tersipu mahu. aku cuba beranikan diri setiap kali aku ingin bertemu kau. setiap kali itulah demam aku sampai, menemani aku selalu.

aku cuba cari kekuatan bila lihat senyuman kamu. hanya satu aku mahu katakan, aku suka kamu. 

Khamis, 16 Oktober 2014

mungkin itu.

ada kala kita tak mengerti apa yang sedang berlaku. 
aku cuba harungi setiap perjalanan hidup aku dengan penuh suka dan duka.
aku cuba untuk merasai aku keadaan normal. 
tapi aku tak rasa normal itu. hanya yang aku dapat, kata-kata keji dan ditinggalkan.

satu perasaan yang aku tak suka adalah perpisahan peninggalan. satu perkara yang aku benci perasaan itu bertandang dihati aku. aku rasa seperti manusia lain meninggalkan aku.
bukan hanya kau seorang sahaja tapi seluruh manusia. aku merasainya kerana aku tanam kau sepenuh jiwa aku. aku perlu tanam kau separuh, mungkin nanti kau dicabut manusia lain, tidak terasa dihati aku.

tapi aku gagal dalam menanam kau. aku tanam kau sepenuhnya. aku lupa kau manusia juga. manusia yang adanya perubahan dan berubah hati. aku lupa!

aku manusia cuai dan lupa. aku menyalahkan diri aku. salahkan kau sedangkan salahnya itu datang dari aku. aku bukukan semuanya dalam hati. aku sepitkan semua dalam jiwa. kau tahu? salah aku kerana cepat perasan dengan apa yang aku alami. dengan layanan manusia terhadap aku. dengan apa aku rasa. aku cuai semua benda. aku lalai semua perkara. 

bodohnya diri ini dipemainkan perasaan yang lalu sahaja. bodohnya jiwa ini dipermainkan layanan manusia. aku kejam dengan diri aku sendiri. kenapa aku senang jatuh? kenapa?!! perlukah aku jatuh kerana manusia? perlukah? macam mana aku nak latih diri aku? macam mana aku nak lalui hari aku? 

dari dulu aku mempersoalkannya. pernahkah aku jumpa jawapannya? setiap orang bersilih ganti dengan aku tiada yang kekal. sikap? ia mungkin aku akui seperkara. aku tak pandai ubah sikap aku. aku tak cuba ubah sikap aku. orang cakap jadi diri sendiri, buat apa nak ubah diri. tapi hakikatnya kau yang jauh dari aku.

nak bagaimana yang hendak dilakukan? aku rasainya lama. jika aku pasang niat, mahu jauh dari kau. kau tahu apa yang berlaku? semakin itulah kau semakin dekat. semakin ada disisi aku. jika aku mahu selalu ada dengan kau. disaat itulah kau mahu aku jauh dari kau.
 ini satu permainan?

what you give, you will get back. 

aku rindukan masa pertemuan itu kita mulakan. hanya pelbagai cerita kita ceritakan. bukan seperti ini. rasa sakit sahaja aku rasakan. aku seperti bodoh terjatuh kotor tiada yang bantu. aku rasa aku seperti manusia jijik dipandang. aku rasa semua orang mempersalahkan aku. aku rasa semua. rasa yang campur segalanya. diuli menjadi sebati.

ada kala aku rasa kau mahu aku disebelah kau. tapi ada kala aku rasa kau mahu aku jauh dari kau. hati aku cepat terasa. walaupun kadang hati aku selalu menipu aku. aku banyak sangat kekurangan. aku tak ada yang sempurna. pernah aku tanam niat, aku tak mahu ada pasangan. bagi aku, ia menyeksa aku, tapi bolehkah hari-hari aku hanya ada aku sahaja? bangun pagi hanya lihat bayangan aku. sarapan dengan diri aku, bergurau senda dengan diri aku. masak untuk seorang. bolehkah aku?!

aku mahu menangis sepuas hati aku. aku mahu luahkan semua. aku mahu semua yang terbuku itu dikeluarkan, aku mahu apa aku rasa itu dikeluarkan dari hati. aku tak nak ia ada dalam hati aku. bantulah aku. aku mahu semua kembali seperti biasa. aku mahu keadaan normal aku kembali. hanya ada aku dan diri aku. tiada perasaan yang singgah. mohon wahai hati. aku tak mahu kau ada disisi hanya buat aku perasan sahaja.

hati aku menangis tiada hentinya

Selasa, 30 September 2014

simpan HATI

saat itu hadir tanpa nampak kehadirannya
senyuman itu juga terukir disaat aku pahatnya menjadi sebuah senyuman
bahagiakah aku dengan rekaan aku?
bahagia itu hadir datang bila aku bayangankannya.
bayangan itu aku mimpikan
setiap bayangan itu membawa sebuah makna 
datang turun dari jiwa yang penuh kasih sayang
penuh rindu mengelilingi jiwa
menerkam jantung setiap kali aku bayangkan dia
tidak sekali niat aku bunuh itu timbul. 
tidak juga bayangan itu cuba membunuhku

kerana dia adalah bayangan
aku kisahkan bayangan ini
wujud dalam ingatan dan akan selalu segar
hidup aman sentosa diruang pelusuk jantung dan otakku berfikir
dia tidak pernah mati 
mahupun sakit kronik

datangnya membawa sebuah makna setinggi gunung
merasai anginnya menusuk setiap ruang romaku
menyegarkan kilasan jiwa
mencurahkan darah segar disetiap salur darah yang mengalir
aku rasainya dengan penuh resahan

rasai hubungan yang diikat bayang

dengan perlahan ia mengalir dan mengerakkan setiap anggotaku
memberi semangat untuk terus menikmati jiwa yang halus itu
hilang rasa sayu itu aku hadirkannya dulu
kini ia menjadi penghibur hati


bila saat pertemuan itu dicipta, aku kalungkan janji
janji yang akan aku cuba turuti
janji yang diikat bayang. akan selalu aku bayangkan 
untuk kewujudanmu. dan mengadakan dirimu
dalam dakapan erat itu.


terima kasih

mungkin kini bayangan jadi realiti. senyum penuh rakus aku hadiahkan.
-tajul ajmal-

Khamis, 3 Julai 2014

KOPI PART II

perjalanan yang aku langkah setiap saatku itu ku hadiahkan untuk kamu yang dekat dengan hatiku. yang Maha Esa . ingatan ku selalu terbayangkan kamu wahai empunya muka polos. ku terbayangkan kau datang dekat dan memberi salam kepadaku. 

ring! ring! ring! 
hayalanku terhenti dengan deringan telefon yang memecahkan gegendang telingaku. pantas tanganku ambil dan berkeliaran mataku pandang siapa yang tertera di skrin telefonku. no yang tidak dikenali yang aku lihat. perbualan yang hanya seketika.

"assalamualaikum, boleh tumpang tanya?"

"waalaikumsalam, boleh. siapa yang bercakap?"

terdiam seketika, mungkin terlena dibuyai suara merduku. *perasan*

"hmm, adakah ini empunya nama, Cik Zara Dahlia?"

"iya saya. boleh saya bantu?"

"saya dari Syarikat Berjaya Ilmu Publications Sdn Bhd‎, saya mahu berjumpa awak boleh? maaf, lupa untuk perkenalkan nama. nama saya Syed Tajul Rayyan."

"owh, in sha Allah boleh. esok boleh? di mana dan jam berapa?"

"esok jam 9.00 pagi di Kedai Kopi Tipah bersebelahan syarikat saya. kamu tahukan syarikat saya?"

"saya tahu. jumpa di sana esok."

"terima kasihh Zara."

*KOPI KAK TIPAH? bukankah itu yang selalu aku singgah menghabiskan kopi dan masa mengarangku di situ? segala ceritaku kak Tipah tahu. sampaikan kisah si muka polos tiga tahun dahulu. tapi kenapa dia memilih kedai KAK TIPAH? tiada yang meletop esok aku tembak. 

walaupun perbualan sesingkat itu, buat aku tidak senang duduk dan sentiasa terfikir-fikir apa yang akan jadi pada esok hari. kalau dahulunya kedai kak Tipah berdindingkan papan, tapi kini sudah berdindingkan batu yang kukuh. dan tersegam indah bagaikan sebuah cafe. patutlah En. Syed Tajul Rayyan itu mahu berjumpa di situ. 


baju kurung moden berwarna putih berbungakan lavenda ungu sedikit hijau menaikan seriku. aku memilih untuk memakai tudung bawal kangro berwarna hijau cair sahaja. hanya mahu aku kelihatan biasa. solekan hanya secalit sahaja aku kenakan. kasut polo yang selalu menemanku setiap langkahku. cukup tinggiku tidak perlu dikenakan kasut tumit tinggi. bagaikan galah kalau aku memakai. hanya semangat yang ada aku langkah ke kedai Kopi Kak Tipah. 

kak Tipah pelik melihatku memakai cantik sedemikian. dia hanya mampu katakan cantik dan ayu. kebiasaan aku hanya memesan kopi. kak Tipah sudah faham dengan setiap menu pagi petangku. datang seorang lelaki berbadan tegap menghampiriku, cuak terpancar di muka aku. tidak akan dia mahu apa-apakan aku. aku ada tali pinggang hitam. kalau berani marilah. kata hatiku selalu riak. tapi kenapa aku macam rindukan muka ini, dekat wajahnya dihati aku, siapakah dia?

keadaan yang tiba-tiba. dia duduk di hadapanku dan memesan kopi pada Kak Tipah.

"Assalamualaikum , kamu Zara?"

"Waalaikumsalam, ia saya Zara Dahlia. En. Syed Tajul Rayyan?"

"iya saya. maaf saya lambat. saya ada hal tadi. boleh kita bincang sekarang?

eh dia ini, bincang pasal apa? kenapa aku terpingga ni? ada yang aku tak ingat ke?

"maaf En. Tajul. bincang apa ye?"

"panggil saya Tajul sahaja, tidak perlu berencik-encik. saya mahu membukukan semua hasil peluh jari dan perahan otak. juga kopi yang selalu kamu minum disini."

"mana En. Tajul. eh, maaf. Tajul tahu dari mana saya seorang penulis, dan saya selalu minum kopi di sini?"

"saya tahu dari mana tidak pentig. kamu juga akan tahu nanti. kamu setuju dengan menawaran saya? saya selalu baca setiap tulisan kamu dan puisi yang kau tulis di blog. saya berminat."

"kalau begitu, saya setuju dengan beberapa syarat."

"syarat?"

"iya, jadi kita berjumpa lagi dua minggu di sini dan waktu yang sama. boleh?"

"maaf, kenapa begitu lama?"

"jika Syed Tajul Rayyan mahu betul membukukan buku saya itu antara syarat saya. jika tidak mahu, tidak apa. saya memahami."

"kalau begitu kita jumpa lagi dua minggu."

berlalu pergi dengan memikirkan siapakah dia sebenar? kenapa dia tahu aku kerap minum kopi di Kedai Kak Tipah? kenapa begitu minat dia terhadap penulisan aku? banyaknya persoalan yang bermain dimindaku,