Rabu, 30 April 2014

ABAH.

mungkin dulu aku tak menghargaimu.
aku abaikan setiap kata-katamu. 
aku menengking kau dengan kesukaan aku.
aku patahkan harapan kau.
aku musnahkan kepercayaanmu. 
maafkan aku kerana aku buat kau begitu.

walaupun kisah kita tidak sama tapi maksud itu sampai ke dalam jiwa aku.
menyusuk terus terduduk memahat jiwaku dalam jantung. 
aku bagaikan mahu berlari kepada dia meminta ampun. 
bersujud meminta diampunkan dosaku. 
mahu aku cabut segala peristiwa itu.
buang, bunuh,campak, pijak, tikam, tembak, robekkan,

segalanya aku mahu lakukan.
inginku lupuskan dalam ingatan kau.
aku berdosa terhadapmu.


dosaku berbakul. 
aku angkat patah segala tulang aku memikulnya menghadap yang Maha Esa.
dengan ku berharap kau dapat maafkan setiap salah aku terhadap kau.


tiada ayat yang dapat aku katakan bila kau berada dihadapan aku.
hilang segala tulisan otakku untuk aku katakan pada kau.
ingin aku merayu. tapi segalanya hilang dengan sifat ego aku.
dan keegoan kau.

sejujur aku katakan aku malu dan aku takut pada kau.
kau terlalu garang pada aku. 
aku memikirkan kau singa yang mahu makan mangsanya.


kini.

dan.

hari ini.

aku mampu melangkahkan kata-kata sayang dan sujud maaf terhadap kamu.
kerana aku jauh dari kau.
jauh buat aku rindukan kau yang jauh dari aku.
kau amat berharga pada aku wahai ayahanda. 



ampukan dosaku. sayangilah aku.

tidakkan putus sayangku pada abah.
Roslan Bin Ahmad.




*aku tulis ini untuk abah. perasaan ini aku lahirkan kerana Fynn Jamal. hasil terhadap lagu beliau "BIAR". betul-betul menusuk jantung aku lagu ini. sayang kau abah dunia dan akhirat.