cerita hari ini bukan untuk mengaibkan orang. tapi untuk kepada dia sebab dah banyak sangat salah sangka. tak baik salah sangka terlalu banyak. memudaratkan dirinya. aku juga mungkin boleh baca ape yang difikirkan. sebab aku juga dulu berfikiran begitu. jangan disangka kita ini ramai kawan kita ini tidak baik. tak tahu diri dia jangan nilai dia dari luaran. sebab kita juga tak tahu apa yang tersirat dihati dia.
mungkin biarkan berlalu pergi dengan sangkaan dia tapi lama-lama aku rasa ia semakin parah. mungkin dengan cara ini aku boleh bantu. bantu untuk tidak dia berfikiran sempit lagi.
Bismillah,
bila mereka yang lebih memahami aku mereka tahu keadaan aku. keadaan aku yang rapat dengan semua orang bukan sebab aku ini 'GEDIK'. tapi lebih selesa berkawan dengan mereka. mereka ini boleh dibawa berbincang dan bergurau tanpa terasa. *tidak semua lelaki. jangan kau fikir kalau perempuan itu rapat dengan lelaki je kau nak fikir dia to player? nak fikir dia tu tamak? tak faham keadaan kau? kau silap.
sebenarnya kau ini tidak tahu apa-apa. kau suke buat kesimpulan sendiri. tanpa kau sedar.
ramai kawan tak semestinya player.
kalau kau selalu fikir macam itu, kau itu apa pula? tak ke sama?
faham apa yang hendak disampaikan?
maaflah bukan aku ini ingin memburukkan. tapi ini umum. boleh faham kedua pihak.
ADAM DAN HAWA.
kita ada akal dan fikiran. kita ada mulut untuk menanya. kita juga ada mata untuk melihat. tapi tak semestinya apa yang kita lihat itu adalah betul. dan kita juga ada telinga. untuk mendengar penjelasan. bukan apa yang kita nampak tapi kita tak dengar penjelasan dan tak menanyakan apa yang kata hati kau tanya.
jangan sempitkan keadaan dan hati kau. aku ini mungkin masih muda lagi mahu membicarakan soal kasih dan sayang. tapi aku juga ada pengalaman mengenai soal kasih dan sayang. jika kau percaya hukum karma. itu lebih mudah. kita akan dapat balik apa yang kita buat. senangkan?
mungkin juga dulu kau pernah lakukan apa yang kau dapat sekarang. tanpa kau sedar itu sebenarnya. jangan salahkan manusia lain terhadap apa yang kau rasakan. sebab rasa itu Ujian dari Dia. kau mengeluh? janganlah kau fikir begitu sebab rugi nanti. Dia uji untuk naikkan taraf iman kita. berpegang teguhlah engkau dengan Dia. bukan menunding jari ke arah manusia lain.
sebab aku juga bergitu.
aku lakukan terhadap orang yang setia dengan aku. bila aku beralih arah. segalanya jadi hancur. musnah dibawa taufan. ditimpa hujan batu. hanyut karam dilautan. terhempas diawangan. mungkin dulu aku menunding jari. tapi tidak sekarang lagi. sebab aku juga tahu aku salah. manusia ini tidak pernah lupus dari kesalahan. tiada yang sesuci bersihnya di masa lampau. sebab itu aku masih lagi berdiri teguh dan redup dengan keadaan aku. aku redha apa yang jadi.
pelbagai yang aku jumpa. pelbagai ragam manusia namanya LELAKI selepas dia. Pelbagai keadaan LELAKI selepas dia. tapi aku lebih memilih untuk bersendirian untuk seketika mungkin selamanya. aku bukan kecewa tapi yang aku jumpa ini tidak memahami keadaan aku. maaf aku katakan.
kita kawan.
berbalik kepada keadaan kau. kau fikirkan manusia ini jahat. kerana melupuskan keadaan kau. tapi kau sedar tak yang kau juga sedang menindas kaum kau sendiri. kau katakan kami ini tidak memahami keadaan kau, kau juga memberitahu umum dengan sedihnya engkau kerana sekaum dengan kau tidak memahami keadaan kau. tapi ada kau sedar sebenarnya yang kau juga sedang sakitkan hati sekaum engkau? mesti kau tak pernah terfikir kerana otak kau sudah sempit.
maaf aku katakan.
kalau terasa maafkan bahasa aku. aku hanya ingin menyampaikannya sahaja :')
manusia yang berkawan itu perlu ramai untuk saling menghormati. tidak dijadikan mausia yang satu.
semoga aku dan engkau diselamatkan Allah,