Selasa, 21 Januari 2014

Kisah si Abang Besar :P

dulunya dia hanya aku kenal dia sebagai abang kepada kawan aku.
kenal namanya sahaja aku tak tahu. hanya ku kenal mukanya sahaja.



aku tak rasa takut dengan dia. tak rasa takut untuk kenal dia. 
sebab? dia abang kepada kawan aku.

sekarang? dia abang aku. haha

.perjalanan kitaorang.

bila ku diturunkan masalah yang mula ku rasa berat untuk aku lalui.
ku luahkan segalanya melalui tulisanku. 
melalui tulisanku ada hamba yang mempunyai hati itu
mulakan langkah untuk lebih memahami ku.

masa itu hanya aku tahu. dia seorang abang.
aku perlukan bahu untuk aku sandar menangiskan segala masalah aku.
tempat yang boleh bagi aku semangat. 
bagi aku sokongan. segalanya aku perlukan.
dan dia ada. dia banyak membantu aku dalam apa jua yang jadi masa itu. 
amat aku hargai apa yang diberi olehnya.

terima kasih abang.

walaupun ia hanya abang bagi aku. tapi dia banyak bagi nasihat.
dia tak pernah putus dalam bagi nasihat.
sentiasa dengar bila aku nak bercakap tanpa berhenti. 

ada sahaja gaduh. dalam apa jua yang aku jalani.
pasti ada bergaduh. 

dia menyepikan diri hampir bulan. 
dia hanya abang. dia juga ada kekasih hati. ku juga tahu nak hak seseorang itu.
sakitnya hati ini bila diambil haknya. 
jadi aku tak nak ambik hak orang. atau cuba untuk mengambilnya. 
tapi sekarang dia single. hehe
jumpa saya siapa berkenan dengan abang kita ni. 
anda perlu melalui beberapa ujian dahulu. hahah
*mengikut terma dan syarat. hehe

tapi maaf hatinya amat menyayangi dan merindui kekasih hatinya dulu iaitu S.N.M.R.
siapa? tanya abang kite ea. haha

hmm

sekarang, hati ku terpaut pada seseorang. dia bagi semangat jangan putus asa.
dia kata tak salah kalau kita tunggu.
In Sha Allah, banyakkan doa. dia akan tahu kita suka dia.

>.<

dia akan kekal menjadi abang aku hingga ke akhir hayat aku.
gelak tawa ku di perhatikan oleh dia.  


terima kasih abang, sebab banyak bagi nasihat.
dan buat adik abang ni selalu senyum.
dengar semua yang kita nak cakap.
tegur kita bila kita buat salah. thanks for everything :)

Isnin, 20 Januari 2014

Kotak Akal Fikiran

mengenainya perlu menjadi rahsia. 
kerana aku bina rumah agam ini dalam keadaan senyap.
 tak perlu ku hebohkan kepada dia. 
tapi kalau kantoi macam mana?
nak aku katakan itu semua hanya rekaan?
atau aku perlu menjadi artis paling popular 4 saat untuk cakap "no comment"?

hmm..



biarkan bulan itu datang menjadi cahaya terang dalam kegelapan aku. 
dalam kesunyian aku.
biarkan diri aku dengan bayangan dia. 
tak apa. ini lebih baik. sebab aku tidak perlu berkomunikasi.
hanya hati ku berkomunikasi dengan hati dia yang tak pasti. 


ku akan bina kegembiraan ini selama aku mampu.
biarkan aku yang melakonkannya. aku menontonnya.
aku pengarahnya. segalanya aku.
hanya ada dalam bayangan kotak akal fikiranku sahaja.

aku hanya mahu yang terbaik untuk diri aku sebab
aku tak nak melukai masa depan aku. memang tiada yang akan 
berubah jika memang aku dan dia hanya dalam kotak akal fikiran aku.



 tapi tak apelah. sekurang-kurangnya aku tak cemarkan hati aku lagi
dengan cinta manusia yang tak pasti.

yang aku bina hanya untuk diri aku dan bayangan aku. 
sudah memadai bagi aku. jika aku mampu membawanya
selam dalam kehidupan aku.

dia hanya dia.



dulu itu aku kenang sampai sekarang. hati ku juga tetap dulu.

biarkan kisah aku dengan kau menjadi bayangan dalam hidupku. 
akan ku tunggu dengan kesediaan yang kukuh. mungkin bukan di sini tapi di sana.

senyuman ini untuk kau lihat,

 sebab setiap panggilan malam itu hanya dari kau. dari dulu.

aku sentiasa tunggu,

 


kisah dia tak akan tamat. sebab aku yang bina kisah itu. 
akan aku teruskan sehingga aku berjaya mencapai cita-citaku,



senyumannya sentiasa menjadi hatiku berbunga.