Isnin, 30 Disember 2013

MANUSIA

inikan kehidupan aku. kenapa kau sebok nak aturkan hidup aku ?
aku dengan kau siapa? ade pertalian?
hanya pertalian agama dan kau kawan aku.

memang seorang kawan yang baik itu perlu mengubah kawannya.
masalahnya sekarang ni. aku bukan sosial.
aku bukan kaki kelab. aku bukan kaki botol. aku bukan kaki judi.
kenapa nak ubah aku?
masalah aku cuma satu. masalah susah nak berubah.
 itu jadi masalah dalam kehidupan kau ke? ganggu dalam perjalan hidup kau?
 wei. masing-masing ade jalan sendiri. tak payah nak atur hidup orang.
hidup kau dah cukup teratur ke? dah cukup kau nak menghadap Yang Esa.

aku belum. aku masih tak cukup. sebab aku tahu diri aku. 
tapi kau? kalau kau to cukup sempurna dimata aku tak apa. 
tapi kau to sama je macam aku. aku tak boleh terima ape kau cakap. 
PUAS HATI kau?!

kau cakap macam cakap dalam cermin. sama macam aku. 
kita ni sama je. ade aku atur hidup kau? tak adekan.
suke hati kaulah. kau boleh fikir ape kau nak buat.
aku gak boleh fikir ape aku nak buat. 

aku tahu ape yang aku tak boleh buat dan aku tahu ape aku boleh buat. 
jadi rasanya tak jadi masalah an?

jangan jaga kain orang. kau jaga kain kau dulu baru boleh jaga kain orang.
aku sendiri malas nak jaga kain aku . lagi kau nak tolong jaga kain aku.
 tak payah.
aku sendiri nak buat biar kain aku tak terangkat. 
aku jaga kain aku sendiri ! tak pon aku pakai seluar je.
senang tak terselak. tak payah jaga kain. 

"manusia tak akan pernah berubah kalau tak dirinya sendiri berubah"

itu aku. aku nama yang diberi oleh krluarga aku ialah
Nurul Faradila Binti Roslan 931114-01-****




bersabar dengan manusia ini. tapi aku akan bermain dengan perkataan. bye!


Sabtu, 28 Disember 2013

cinta itu tak sempurna.

Sebait kata tersembunyi dalam relung hati terdalam
Ingin ku ucap namun sampai kini masih ku tahan
Bukan karena aku tak mampu
Bukan pula karena ku takut kau tak mahu
Hanya saja, ini rasaku

Tiada cinta yang sempurna
Tiada kesempurnaan tanpa cinta
memiliki hati yang tak termiliki
mejamah rasa yang tersembunyi
Menginginkan yang tidak di haruskan
Dan mengabaikan sebuah kenyataan

Rasa ini bukan derita
Namun tidak juga kata bahagia
Luka yang tertutupi
cinta yang tak termiliki

Bait demi bait kata yang tercipta
hanya untuk menyiratkan satu makna
Cintaku, di sia-sia.



hanya aku. hmm

ikan ditangkap dapat kami.

kehidupan di tempat orang yang perlu aku tempuh. hmm
hidup ini bukan keseorangan. sebenarnya kita hidup dalam keadaan yang ramai orang disekeliling kita. penuh dengan kasih sayang dan kemanisan. percayalah wahai hati.

bila kita rasa sorang mesti ada yang akan teman kita. tak akan ade yang tinggalkan kita keseorangan dan terus hanyut dalam kedukaan. ia kan tarik kita terus berada di dalam dunia keceriaan. tiada lagi kedukaan perlu kita tempuh lagi. 

bila sampai disini. pelbagai aku rasa dan pelbagai perlu aku jaga. walaupun ada masalah aku kena kuat. sebab aku kan FARADILA. hehe ^_^ 

disebabkan aku banyak sangat yang aku fikir. ini salah satu cara aku nak buat aku terus hidup. buka mata. ketawa. ceria. Jalan-jalan Pergi CityPark. haha


kehidupan aku akan aku ceriakan dengan pelbagai warna. akan aku puaskan dengan pelbagai perasaan yang akan aku lahirkan. tak akan aku lahirkan satu perasaan dalam hati ini. pelbagai aku campurkan menjadi satu.  aku uli dengan padat.


tanpa mereka tak akan ade senyumnya dibibir aku. dan kau. 
*Jia dan Aly Fifia



dia dan dia lah. Arif. buat aku senyum tak berhenti.



biarkan kami mengubah akal dan kotak fikiran orang. atau pon biarkan kami yang menghancurkan kotak akal mereka. *BAKAR!


TANPA senyum. macam mana nak ceria?



dia macam adik aku. aku yang dia. dia kawan aku. dia adik aku. dia segalanya. dia hanya dia tiada yang lain. biarkan kami terus menjadi darah dan saluran darah. 


mereka.


dia lagi.



kami sama tapi tak serupa. 



sayang Aly.



hodoh. cantik dihati aku dan Ali.



penceria aku disetiap hari.




dia lagi.



*Amira dan Aly.


ikan. makan. ikan.


muka tak boleh blaa bagi ikan makan. haha


keli ada. macam-macam ada. dua seringit. hehe





perasaan ini kita yang bina bukan jiran kau yang bina. nak hebat. fikir macam mana nak jadi hebat. nak pandai. baca bukulah. nak jadi orang yang disayang orang. jangan jadi macam aku.

bye. kami tetap kami. tak akan jadi kami lain. 

Khamis, 26 Disember 2013

KEBAHAGIAN

kebahagia aku terletak pada kemampuan aku sebab aku nak bahagia aku kena bahagiakan diri aku.
 pelbagai masalah yang aku tempuh di tempat orang ini. pelbagai aku belajar dalam untuk terus bangun di waktu pagi dengan menjalani kehidupan aku seharian.


dia ini yang teristimewa. dia yang dipandang hodoh. dia yang tak lawa dimata manusia. biarlah aku lawa dimata Pencipta aku :)



aku cuba untuk melupakan setiap masalah aku dengan aku ketawa. tiada sapa pon perasaan bila aku ketawa sebab mereka akan sangka aku tak ada masalah dan tak nampak kedukaan aku,
 aku perlu gembira sebab aku tak nak aku terus hanyut dalam kesedihan aku. aku hanya perlu senyum dan ketawa. happy kan diri aku. aku PERLU.


setiap langkah aku aku kena senyum. pedulikan kata orang. itu aku kena buat.


tak akan ada orang yang memahami kita melainkan diri kita. awak tak akan memahami diri ini dengan sepenuhnya, percayalah. 


selagi boleh senyum dan mampu untuk gembirakan hati ini apa salahnya kan? 


hidup dengan ceria. pasti akan selalu nampak muda. biarlah sikap begini sebab aku nak begini. ia mampu bahagiakan aku. cukup untuk keperluan harian aku. jangan pertikaikan kenapa aku begini. sebab aku lebih suka begini dari begitu. sebab aku nak. percayalah wahai manusia.

 tidak ku minta untuk kau yang bahagiakan aku. sebab aku mampu untuk membuat diri aku bahagia. keluraga aku ada. aku hanya perlu kau berada disisi aku menamani aku. rasai kebahagian yang aku buat. berindahkanlah jiwa kau bersama aku. 





MENJADI DIRI INI LEBIH BAIK DARI MENJADI MANUSIA LAIN. KEHIDUPAN AKU HANYA AKU PINJAM DARI PENCIPTA AKU. AKAN AKU KEMBALIKANNYA. 

TURUNLAH KEDALAM JIWA AKU.

Jambatan Jodoh Aku

manusia pasangannya adalah manusia. orang yang baik adalah untuk orang yang baik. begitu juga dengan sebaliknya. Ya Allah, kau mudahkanlah dalam perjalanan jodohku ini. bukan aku tak nak mencari tapi aku takut dalam memilih pasangan hidup aku,

pernah aku terfikir siapa suami aku nanti? bolehkan dia menerima aku? keadaan aku begini. menerima setiap kekurangan aku. bersabar dengan perangai aku. hmm

aku hanya mampu berfikir 'tak payah kahwin' bagi menyelamatkan keadaan aku. kesalahan aku banyak. dosa aku bertong-tong. mampukah suami aku menerima segalanya?

 Ya Allah, Kau mudahkanlah jodohku ini.

bukan aku tak nak kau yang berada di hati ini. tapi aku tak tahu hati ini. sebab aku tidak tahu apa yang hati ini nak. fahamilah jiwa aku. selamlah jiwa aku. 

biarkan ia berjalan di atas jalan ini.

tak nak aku fikirkan apa yang akan jadi nanti sebab aku takut dengan bayangan diri aku ini. tidak aku bagi harapan. tapi tak tahulah secara tak langsung aku bagi atau tidak sebab aku tak mengetahuinya. maafkan aku. aku tak ada niat dalam melakukannya. fahamilaj aku wahai manusia yang menyayangi aku. memang niat aku untuk terus berada disisi kau tapi aku takut. sebab aku tak tahu apa yag akan jadi nanti.

biarlah perasaan ini terus begini. biar hati aku yang menyatakannya. kalau ia cakap sayang maka, sayanglah. kalau ia cakap ia cakap sebaliknya. maka sebalinyalah. sebab hati ini keras.

kalau sanggup menunggu, tunggulah sampai ia bagi jawapan. kalau kau jumpa orang yang lebih baik dari aku. panjangkanlah langkah kau. aku tak memaksa walaupun hati aku luka lagi.

sebab aku tak tahu apa yang akan jadi dengan diri aku. sebab aku bukan yang sempurna.

aku akan sayang orang itu dengan sepenuh jiwa aku. tapi fahamilah aku hanya manusia. 




awak. biarkan ia berlalu dengan jalannya. biarkan masa yang tentukan masanya. aku terima dengan redha. 

Mati Dipijak Semut Yang Gagah

dia sentiasa menjadi penghalang dalam setiap langkah aku. tapi kenapa aku yang kau pilih untuk menyusahkan aku? kenapa diri ini? kenapa aku pilih diri aku sendiri? 

siapa aku sebenarnya?

setiap apa yang aku lakukan dalam hari-hari aku. mesti ada perasaa yang tak senang ? salah apakah yang telah aku lakukan? tolonglaa aku bukan ade cermin yang boleh dapat mantulkan setiap kesalahan aku. aku tak nampak. tolongla aku dalam ketahui kesalahan aku ini, jangan biarkan aku terus dalam keadaan yang terus dalam kekotoran dan terus hanyut menyalahkan diri ini.

mungkin sebab aku tak terima pendapat orang ? dua dalam satu. diri ini pelik dipandang dan dinilai. fahamilah. aku sendiri tidak memahami diri aku. apa yang jadi aku tahu salah tapi aku tetap buat. aku sedar dan aku ketahui kenyataan itu tapi aku abaikan. sebab ? entahlah aku tak tahu.

aku nak yang terbaik tapi aku takut. takut kehilangkan yang bakal aku terima. fahamilah wahai manusia sejenis aku. aku lemah. mati dipijak semut yang gagah. jiwa aku hancur kerana manusia. 

jiwa aku.

setiap kesalahan aku. aku cuba untuk betulkan dan aku hayati. dan aku selam. aku tahu mana yang salah. tapi aku tak tahu macam mana nak betulkan. bantu aku bukan hanyutkan aku. macam kau buat sekarang! 

aku tunggu setiap saat kau datang kepada aku. tapi kau terus tinggalkan aku. kenapa? sebab diri aku? kau bukan baik untuk aku, itu aku tahu. sebab guruku juga kata begitu. aku cuba untuk terima. tapi kotak akal fikiran aku tetap terfikirkan kau. sebab kau sebahagian dari aku. aku percayakan kau, tapi kau ? kau jahanamkan kepercayaan aku. aku atau kau yang jahanam? 

ya Allah. perihalalah dia.

aku perlu ditarik bukan ditolak. nampak aku gagah. tapi aku lemah. nampak aku tersenyum sebenarnya aku menangis. aku normal. tapi kau pula yang tak normal. kenapa? 

kenapa kau hadir dalam mimpi aku dan kau sengaja nak sakitkan hati aku? kenapa? setiap apa yang jadi dalam mimpi itu betul. betul ke kau memang sengaja? hati ini tak sakit hati. tapi hati ini menangis sebab kau hancurkan hati aku. kau hancurkan kepercayaan aku. aku percaya kau. tapi kau hancurkan. 

aku mula sayang kau, tapi kau buat pelbagai cara untuk hancurkan sayang aku. kenapa? 

ini ujian aku jauh dari keluarga dan masa silam aku.

lepaskan perasaan ini sebab aku tak sanggup menerima semuanya. lepaskan semuanya :'(

menanggung semuanya itu dalam tempoh yang lama ini. 

Selasa, 5 Mac 2013

Tidak Berdiri , Tidak Duduk .

Assalamualaikum , perasaan ni semakin berdebarII menanti result STPM . Hari demi hari perasaan ni dah jadi macam tak tentu . Bersilih ganti perasaan takut dan sebagainya . Bukan aku cuba untuk mengada-adakan perasaan ini . Tapi ia lahir sendiri. Banyak kemungkinan dalam hidup ini . Jika kita berbuat jahat . Kita pasti akan dapat balasannya , tapi jika kite buat baik . Maka kita pasti akan dapat ganjarannya .

Ya Allah , Kau tahu segala yang akan terjadi . Hanya Kau ya Allah . Aku bermohon agar Kau bantu aku . Maafkan kesalahan dan ampunkan dosaku . Bantula aku , buntu untuk memilih jalan . Bagai tiada jalan yang harus aku lalui .

Ini penentu kehidupanku , jika aku gagal . Aku redha . In Sha Allah dengan kekuatan yang Kau berikan kepada aku . Dengan sekuat tenagaku , ku balut hati ku dengan redha-Nya . Aku yakin pasti ade hikmahnya nanti . Aku hanya mampu merancang tapi aku tak mampu menentukan . Ini kerana hanya Kau yang menentukan setiap ape yang terjadi .

Telah tertulisnya takdirku ;)

Aku hanya mampu berdoa , setelah hasil usahaku lakukan . Inilah masanya aku berserah segalanya kepada-Mu . Aku redha sekuat tenagaku . Jika ini rezeki untuk aku , aku berjaya . Ya Allah . Aku bersyukur sangat . Aku ingin melihat nenek yang jaga aku melihat aku berjaya .  Begitu juga dengan mama dan abah .

Mereka memberi sokongan , aku menerima sokongan mereka . Pelbagai yang aku tempuhi , aku terima . Sebab aku tahu , Allah menguji hamba sebab Dia sayangkan hamba-Nya . Aku serah kepada-Mu .

Segala yang terjadi , ade hikmah . Itu aku kena pegang erat-erat . Ku takut , satu hari tidak dapat menerimanya . Di masa akan datang kita tak pasti bagaimana keadaan kita . Kau kuatkanla jiwaku ini . Aku manusia biasa , tidak pernah lagi dari membuat salah dan dosa .

Buntu memikirkan tarikh yang bakal aku tempuhi nanti . Tiada tarikh yang tepat untuk aku tunggu . Menunggu tanpa tarikh , ada tujuan . Tujuan dengan harapan tercapai cita-cita . Tercapai keinginan mama , abah , nenek , cikgu , kawan-kawan dan aku .

STPM ? Bukan mudah , untuk melafaskan .. sesungguhnya aku pandai melafaskannya , akan tetapi menghadapinya sukar yang amat bagi aku . Aku risau , hatiku tertanya-tanya bilaa...

"Ya Allah , aku redha . Berikan aku keberanian untuk menghadapi ini semua . Bantuku . Kuatkan hatiku dan kakiku untuk melangkah dan menghadapi segalanya . Aku telah berusaha , aku tawakal dan redha ."






-Wahai hati , jangan kau menangis .
 Ingat kau kena kuat , kau tak boleh lemah . Ingat gak , ape pon yang terjadi . 
Pasti ada hikmahnya . Jangan pernah kau lupe , aku akan selalu dengan kau . 
Sebab kau adalah hatiku , aku adalah jasad kau . Jagala hati kau , 
jangan hancurkan hati kau .Ingat Allah sentiasa dengan kite . -

Rabu, 6 Februari 2013

TITIAN SIRAT


JOM LUANGKAN MASA UNTUK ISLAM TAK SAMPAI 5MINIT PUN :)

"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya|

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Selasa, 5 Februari 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri .







sama-samalah kita jaga permakanan kita .

Isnin, 28 Januari 2013

JERITAN.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA .

haha , sekian lama tidak berjumpa .
AKHIRNYA , kau pulang jua .HAHA 

*konon-konon :p

ku pandu kereta PROTON WIRA yang
berwarna seakan-akan hijau . ku pandu dengan laju .
dan ku bayangkan aku sedang memandu kereta 
SKYLINE R35 . haha ! *ini semua POYO !!

dengan bergayanya aku memandu . 
dan sepantas kilat , TIBAnya aku di destinasi yang aku inginkan .
haha , BPMALL . 

sekian lama tidak aku jejak .
aku parking keretaku bersebelahan kereta idamanku
BMW X8 . *syg , belikan :)

dengan bergayanya aku berjalan diiringi BF ku ,
AFIQ ASHRAF BIN NORIZAN .

MASUK ke dalam . 
hala tuju pertamaku adalah PANGGUNG WAYANG . 

haa , cerita yang ingin ku tonton adalah cerita MAMA

dengan rasa megahnya aku beli tiket wayang .

" kak , kita nak tengok wayang cerita MAMA ."
" okey dek , adek nak tengok cite kol berapa ?"
" emm , kita rasa akak , kol 6.15ptg to la ."


telah siap proses pembelian tiket .
masa untuk ku berjalan mengelilingi setiap sudut .HAHA

SEMENTARA menunggu jam bergerak ke 6.15 .

perutku MENJERIT !

"LAPAR ! LAPAR ! WOI, LAPAR AR !!"

aku penuhkan perut yang KOSONG nie dengan 
TOM YAM . * sedap beb !



 



eh , jam dah 6.15 petang .
aku berlari dengan penuh semangat menuju ke TANDAS ,
haha . buang ape yang patut dulu .

OKE . sudah bersedia untuk menonton . 

* nak tahu cerita tolong TENGOK sendiri ea .

cerita "MAMA" nie seram dok .

 ini pengalaman aku tengok wayang , aku tak pernah menjerit 
sekuat tu dalam wayang .
TAPI boleh pulak an tengok cerita MAMA nie . 
aku jerit sekuat hati .HAHA , takut beb .

sebaik ar , BUAH HATI aku ini 
tak sakit jantung , HAHA 

" SAYANG , maafkan saya ."

.

nie ag pelik . ade ke patut aku suruh ambik gmbar full atas bawah . 
DIA boleh pulak ambik gambar ATAS dan BAWAH . 
HAHA , ijenII :)

' sayang awak !'

ini la hasilnya , jadi lagi GEMOK ,

   

KAN , lain itu jadinya . 

jalan-jalan lagi , buat muka HODOH pulak .
AMBIK KAU , 



HAHA , DAH tengok ar nie semua gambar-gambar hasil daripada kita orang .










TERIMA KASIH SEBAB MEMBACA DAN MELIHAT .

" doakan kebahagian kami , In Sha Allah . 
Saya juga akan mendoakan kalian "


   

^
^
^
^
!
!
!
!
!
!
!

SAYANG AWAK BUSUK ! 

CENONIT CENONIT .

ASSALAMUALAIKUM , 

banyak yang berlaku dalam hidup kita ,
kita tak perasan kehadirannya .
dulu mungkin pernah terpandang , 
tapi hati menolok .
mungkin pernah tertegur tapi tak perasan .
mungkin pernah suke tapi sementara sahaja .

tapi kini telah ku sedari , 
sekian lama menanam rasa SUKA yang tercipta .
seumur kita 15 tahun .
kita bertemu seumur kita 17 tahun .

Allah yang telah menentukan kita bertemu dengan
ade lahirnya perasaan BENCI ,
yang akan bertukar SAYANG .

kita saling mengenali . suka sama suka .
saling bertukar pendapat . saling melihat .

tapi ada kalanya HATI ini tidak mahu memahami
apa yang berlaku dan berlalu .
perasaan JAHAT , selalu hadir merosakkan 
yang telah dibina .

TETAPI perasaan BAIK selalu 
menjaga agar tidak roboh di hancurkan perasaan 
JAHAT !

INI KISAH KITA :



TERIMA KASIH SAYANG . 

Ahad, 27 Januari 2013

SUMPAH TERABAI

ASSALAMUALAIKUM , 

fara hanya ingin berKONGSI . kita sebagai
manusia pasti ade kesalahan . 
ITU LUMRAH KEHIDUPAN KITA .


“Apabila Melanggar Sumpah Apa Hukumannya?”

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.
Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah Subhanahu Wa Ta’ala seperti;
“Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini”
Atau lain-lain.
Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatNya yang wajib ataupun dengan KeagunganNya, anda adalah berdosa dan perlu membayar Kifarah Sumpah.

Kifarah Sumpah ialah:
1. Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,
2. Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adat setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,
3. Membebaskan seorang hamba yang beragama Islam. Hamba tersebut mestilah seorang hamba yangsempurna anggota badan dan boleh bekerja.


Namun begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari dan menurut Mazhab Syafi’i puasa tersebut tidak disyaratkan secara berturut-turut.
Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut.



SUMBER DARI JAKIM .

Selasa, 22 Januari 2013

SAYA ADA KEKURANGAN

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah cuaca hari sangat baik . 
tapi ada satu masalah di tempat kerja aku nie . 
Haa! Meh sini aku nak CERITA .


tempat kerja fara nie berlokasi di kawasan PARIT RAJA .
NAK TAHU ?! cari la sendiri ea , mana yang dah taw to SENYAP .
hari persekolahan dah tentula hari ISNIN hinggala hari JUMAAT an ?
 biasala , tempat fara nie akan penuh dengan budak SEKOLAH 
bila jam sudah menunjukkan jam 10 pagi sehingga la jam 12 tengah hari .

jam menunjukkan 12.15 tengah hari sahaja , 
fara akan HALAU dieorang untuk pergi sekolah . 
bukan fara bersubahat dengan dieorang 
untuk BENARKAN diaorang PONTENG SEKOLAH .


haa! ape masalahnya kalau dia orang main game dari dia orang 
dok melepak sana sini ?  haa ! bagi ar jawapannya . 
budak-budak to main game je pon . 
bukan BERJUDI . ITU PON JADI SALAHNYA KE ?

rasa macam tak faham ape yang difikirkan oleh orang dewasa ni .

lagi pon , dieorang at sekolah dibelajar , bukan MAIN GAME juga .
FIKIRLA . 

untuk aku bertahan berkerja di sini AKAN AKU PASTIKAN 
kau , aku HORMAT .  SEBAB kau lebih TUA dari aku .

janganla mulut itu selalu mengkritik orang disekeliling kau . 
kau patut tahu , semua orang ade kekurangan .
BEGITU juga dengan kau .
INGAT ITU !


FARA mintak maaf kepada ORANG ITU .
orang akan hormat kita kalau kita hormat orang .




PAK CIK , JANGAN SOMBONGLAA :P

Khamis, 17 Januari 2013

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..


Tipsnya Senang Sahaja.


Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal.


* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai 

muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang

mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang

mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk

siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai

muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang

mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti 

Apa Yang Disuruh Allah S.W.T. Tapi Sayang ,  Masih Ramai 

Belum Sedarinya.







- JANGAN TINGGAL SOLAT 5 WAKTU -

BAHAYA !


BAHAYA KEPAK AYAM PADA WANITA




Pertumbuhan sis(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap 

terutamanya kaum wanita.

KISAH BENAR...
Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk 


membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.


Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku 


hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan 

masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.


Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia 


menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik 

dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat 

dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.


Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-


tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia 

mempercepatkan pertumbuhan.


Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita 


yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar 

sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..




PENDAPAT SAYA BUKAN TAK BOLEH MAKAN KEPAK AYAM. 

 BOLEH SAMA SEKALI. TAPI CARI YANG ORGANIK ATAU AYAM KAMPUNG YANG 

MEMBESAR SECARA NORMAL

 DAN TIADA UNSUR STEROID






. SAYANGI DAN HARGAILAH TUBUH BADAN YANG ALLAH ANUGERAH INI.







* GEMOK HANYA NAK SHARE BENDA INI , SUPAYA 

KITA TIDAK MENGALAMINYA . HARAP FAHAM .*



SALAM SAYANG DARI GEMOK !