Khamis, 25 Oktober 2012

Hak Suka , Hak Kami !

= ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA = 

hari nie kite bincang pasal SUKE ye murid-murid , 
*perasan jadi cikgu :p

suke orang tak salah kalau orang to hak orang lain .
yang jadi salahnya kalau kita kacau orang to . 

suka dari jauh pon salah ke ? tak an?
bukan kita kacau pon !

setiap manusia dalam muka bumi Allah berhak untuk 
suka sesapa yang die rasa nak suke . ade ke dalam 
undang-undang tak benarkan kita suka orang ? 
rasa cikgu tak ade !

jadinye ,
kita sebagai manusia pula tak boleh lari dari orang suka kita .
biar la ada orang suka kita dari tak ada sapaII suka kita an ?

kita gak tak boleh larang orang untuk suka kita dan benci kita , terima je la .
ape salahnya jadi 'hot' seketika ? haha! 

kenapa nak marah atau benci kalau orang suka kita ?
cikgu suka orang suka cikgu , tapi malangnya 
ade yang tak suka cikgu . awakII semua nie suka cikgu tak ? * gedik !


lagi satu , kenapa kalau kawan awak ade orang suka awak nak marah ?
jangan la marah wahai anak murid saya .
itu hak dia nak suka sapa , kita sebagai kawan perhatikan bukan melenting !
 faham ke tidak ?? ada yang nak tanye ? 

" saya nak tanya cikgu ,"

"awak nak tanya ape Kasih ?"

"cikgu , saya suka seseorang nie , tapi die tak tahu saya suka die . 
tapi hati saya nak die tahu yang saya suka die . macam mane ?"

"kalau macam to , cuba berterus terang . awak cakap awak suka nak kawan 
dengan dia . manala tahu dia pon suka kat awak ?
 Wahai Kasih  , Jodoh , Pertemuan , Perpisahan , dan Kematian Allah SWT 
yang tentukan . kalau jodoh awak dengan dia InsyALLAH ."

"ada lagi nak tanya ?"

"saya!saya!"

"haa! Julia nak tanya ape ?"

"saya suka hamba ALLAH nie . tapi saya cume suka bukan suka nak 
memiliki orang itu . kawan dia marah saya sebab 
saya suka dia . saya sedih sangat . apa saya nak buat ?"

"jangan sedih dan marah kalau dia marah awak . orang yang hebat tidak 
akan melenting apabila dicaci , bahkan ia akan tersenyum , 
bersabar , dan berdoakan yang baik-baik sahaja .
 setiap dugaan yang ALLAH bagi , pasti ade hikmahnya .
 kita hanya perlu tunggu dan lihat. jadi awak banyakkanla bersabar dan berdoa ."

"terima kasih cikgu , saya sayang cikgu."

"sesama sayang , cikgu sentiasa sayang anak murid saya . sbb saya SUKA mengajar kamu .
okey ! kita tamat an kelas kita hari nie . kita jumpa bila saya masih diperlukan ."


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”




sayang dan suka la orang selagi kita mampu sayang dan suka orang lain ,
pesanan ringkas dari nurul faradila binti roslan . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan