kisah cinta yang manusia biasa ciptakan.
sekilasku pandang. kau membuta disitu. melihat kau umpama melihat cantiknya bintang berkelipan dilangit. ku memandang kau jauh dari sudut hati. betuah siapa yang mengenalimu. ku biarkanmu terus hanyut dalam mimpi. aku berlalu pergi masih lagi membayangkan kau terlelapnya mata pada sesaatku perhatikan itu. aku mahu mengenalimu tetapi apakan daya kuderatku tidak mampu. akalku bantut memikirkan kerjaku yang menggunung.
lama sudah berlalu. berbulan. bertahun. kini aku masih lagi seperti dahulu yang masih menyiapkan hasil kerja nukilanku tiada nokhtarnya. tiada rasa jemu aku menuliskan kisah-kisah yang aku ciptakan. kehidupanku tidak banyak berubah berbanding tiga tahun yang lalu. masih lagi seperti ini. setiap pagiku wajibkan diriku minum kopi Tipah yang berniaga ditepi bangunan tersergam indah. berbanding dengan kedai Kak Tipah. kopinya mampu membuatku terus hanyut membesarkan mata menulis kisah-kisah itu. walaupun kopi itu hanya secawan setiap pagi, sebenarnya aku menanti seseorang yang lena dibuyai mimpi dulunya memakai seluar jean hitam berbajukan melayu ungu dan berkopia putih ada corak keemasan dan berseliparkan jamban hijau. masih lagi segar ingatanku kau melenakan dirimu dalam keadaan panas terik yang mencacak kepala.
menyesalku tidak menegurmu. siapa namamu. asalmu mana. wechatmu apa. segalanya memain dimindaku mengenai kamu bila tiada idea aku menulis kisah-kisah itu. bilaku memikirkan kamu, banyak idea yangku perolehi dari wajah polosmu itu. aku membayangkan setiap pejamku. seperti kamu selalu berada dihadapanku setiap kali aku menghirup kopi hingga tiada lagi yang berbaki memerhatikan aku memikirkan kamu. tapi itu hanya bayangan aku sahaja.
ada satu ketika aku diminta menuliskan mengenai orang yang aku bayangkan. aku tulis mengenai kamu. kamu kisahkan gajah dan semut hidup aman damai makan roti sambil beralaskan tisu. walaupun tiada kaitan anta itu, aku mengharapkan dapat menyampaikan hasratku terhadap si baju ungu. mahuku bisik kata rindu, tapi siapakah kamu dihati aku?
kisah itu aku hadiahkan untuk kamu wahai empunya muka polos,
*sambungan yang bakal aku tulis untuk dibaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan